Friday, November 30

Salam Jumaat di Akhir bulan Nov'12

Salam Jumaat di Akhir bulan Nov'12...Semoga kita mendapat keberkatan dari-nya
Amin 
Sumber : FB

Coretan Nyue : ...Nak join Gathering GSF jugakkk... Eee si Benz ni Xmasuk ofis ag !

Thursday, November 29

Tawan pelajar bahana hutang

ANGGOTA polis mengelilingi suspek (dalam bulatan) yang menjadikan Wan Nor Hayati sebagai tebusan di Samarahan kelmarin.
SAMARAHAN – Seorang pelajar perempuan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menghadapi detik paling mencemaskan dalam hidupnya apabila dijadikan tebusan selama sejam oleh seorang lelaki Indonesia yang menghadapi masalah hutang kelmarin. 

Kejadian pukul 5.15 petang berhampiran Koperasi Kolej Cempaka, kampus tersebut di sini itu menyebabkan Wan Nor Hayati Wan Mahmud, 22, dari Kelantan trauma apabila diacu pisat lipat oleh suspek.  

Bagaimanapun, pelajar tahun tiga jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) universiti tersebut tidak dicederakan.  

Polis yang tiba sebaik menerima maklumat kemudian telah membuat rundingan dengan suspek sebelum lelaki itu bersetuju melepaskan mangsa.  

Difahamkan, suspek dari Lempur Danau, Jambi Indonesia berusia 30 tahun tersebut datang ke negara ini pada Sabtu lalu untuk mencari pekerjaan.  

Sebaik tiba di Kuching, suspek telah tinggal di rumah kongsi bersama seorang rakannya yang bekerja sebagai buruh binaan di dalam kawasan kampus tersebut. 

Sebelum kejadian, suspek dikatakan telah menerima panggilan dari kampung mengatakan anak dan isterinya telah ditahan dan diugut ah long kerana hutang yang dibuatnya. 

Suspek yang berang apabila majikan tidak mengizinkannya pulang kemudian nekad menggunakan jalan mudah untuk dihantar pulang dengan menjadikan mangsa sebagai tebusan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Zulkifli Hassan berkata, semasa menahan mangsa, suspek memberitahu pelajar itu supaya ‘jangan bimbang saya takkan cederakan kamu, panggil polis saya banyak lakukan dosa.’

SITI NURFARAWAHIDA (kanan) menunjukkan bagaimana suspek mengacukan pisau ke leher Wan Nor Hayati.
 Katanya, sebaik tiba, pihaknya tidak mengambil masa yang lama untuk membuatkan suspek menyerah diri dan melepaskan tebusan. 

“Kita masih menyiasat motif sebenar kejadian tetapi tidak menolak kemungkinan suspek berbuat demikian kerana masalah keluarga di kampungnya. 

“Kita juga percaya suspek berbuat demikian untuk mendapat perhatian polis supaya dihantar pulang,” katanya ketika dihubungi Kosmo!. 

Tambahnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

 Menurut Zulkifli, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah. 

Sementara itu, Wan Noor Hayati memberitahu, dia tidak dapat melupakan saat-saat cemas ketika ditawan selama sejam. 

Katanya, sebelum kejadian, dia sedang berjalan bersama rakan, Siti Nurfarawahida Abdul Rahim, 22, untuk ke kelas sebelum suspek menerpa dari belakang. 

“Saya cuba leraikan pelukan lelaki tersebut dengan cara memukul menggunakan payung tetapi bukan sahaja gagal malah, pelukan itu semakin kuat. Ketika itu saya hanya memikirkan mengenai nyawa saya melayang,” cerita anak ketiga daripada lima beradik itu yang masih trauma ekoran kejadian tersebut. 

Tambahnya, dia ada bertanya mengapa dia dijadikan sasaran tetapi suspek tidak menjawab. Dia bagaimanapun bersyukur apabila dilepaskan sebaik polis tiba. 

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Unimas, Mohd. Fadzil Abd. Rahman berkata, pihaknya telah memaklumkan mengenai kejadian tersebut kepada keluarga mangsa. 

Sumber - Komso !

Coretan Nyue : Nyue kan ex-student Unimas, Terkejut baca berita ni ! Mcm2 kes sekarang nie...

Takziah Untuk Keluarga Nurul Hezrina

Sekalung takziah dan seperkongsian kedukaan di ucapkan kepada salah seorang ahli GSF iaitu Akak Nurul pemilik Blog My Little Honey Dew di atas pemergian Ayahnya yang telah kembali kerahmatullah.  Semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas roh Ayahnya dan menjadikan kuburnya sedingin salju Jannah Firdaus serta di tempatkan dikalangan orang yg beriman.
 
 "Sesungguhnya daripadaNya kita datang, dan kepadaNya kita kembali.. "
 
Al-Fatihah

Wednesday, November 28

Wordless Wednesday #27


Coretan Nyue : Koleksi ikan kat rumah... Adik, akak, abang cer teka ikan apa nie ?

Peplum Giveaway by Nadnod Azizan

Sape suka Peplum? Angkat kaki tangan... Haa ! Nyue lah org pertama yg angkat tangan... 

Kalu suka jom join : Peplum Giveaway by Nadnod Azizan
 
Nyue Follower ke 582

[ Klik Banner ]

  Measurement untuk peplum ini ialah :    
 shoulder 34cm, bust 90 cm, length 61cm.     
Free size : fit S to M
 Pemenang akan dipilih melalui random.org. 
Tarikh tutup : Hari Khamis/ 29 November 2012. 


Tuesday, November 27

JEJAK KAKI KU DI BLOG MU

Tengah sakan BlogWalking, Nyue akhirnya jejak kaki kat Blog Maera Ismail. Nyue merupakan Follower yg ke-4732 Wow ! yang menariknya, Maera buat segmen :

STEP PERTAMA

Tinggalkan link blog korang kat entry maera

STEP KEDUA

Create satu entry dengan tajuk JEJAK KAKI KU DI BLOG MU sebelum 28hb November 2012
[ Klik Sini ]

 dan copy paste link-link peserta TERKINI

6) http://wifecombat.blogspot.com/
7) http://2octobersecret.blogspot.com/
10) http://creamyshuga.blogspot.com/
11) http://juneaina.blogspot.com/
12) http://www.syuhadasalleh.my/2012/11/segmen-jejak-kaki-ku-di-blog-mu.html
13) http://cikdania.blogspot.com/2012/11/segmen-jejak-kaki-ku-di-blog-mu.html
14) http://nyueyien.blogspot.com/2012/11/jejak-kaki-ku-di-blog-mu.html
15) http://kay-akam.blogspot.com/2012/11/segmen-jejak-kaki-ku-di-blog-mu.html
16) http://myjourneyandestiny.blogspot.com/
17) http://farahijriah.blogspot.com/
18) http://meyrajohn.blogspot.com/
19) http://pandaiscute90.blogspot.com/
20) http://ieranie80.blogspot.com/
21) http://laramorreno.blogspot.com/
22) http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/
23) http://www.mamashikin.com/

 Link lists akan diupdate lagi jika peserta makin bertambah, so peserta pun kena update link list itu juga. Kemudian, kepada peserta,sila tinggalkan comment pada entry rakan-rakan yang join sekali. Kena jujur ! 

Jom BlogWalking sama-sama

Tarikh tutup 27hb November 2012 jam 11.59 malam

Talk with Simsimi - Part 2

Talk with Simsimi - Part 2
Wink ! kembali lagi.....dgn e3 mengenai Simsimi - Part 2. Nampaknya virus ini menjadi la kan ! Opss... Xnak cite panjang lebar, utk e3 semalam Nyue Xde bg LINK so...


Bleh try main on9 - [ Klik Sini ]
Download for Blackberry - [ Klik Sini
Download for Android - [ Klik Sini ]

Bahasa - Ikut suka ! ahaha..

Chic Na, Cleverbot.com pun Nyue pernah main..hehe

Nyue just main on9 je..Kalu boring !..Sape yg nak main, tekan je LINK tue..

-sekian-

Monday, November 26

Talk with Simsimi

U’alls pernah guna APP’ Talk with Simsimi? hehe… Nyue sudah terkena virus nie so skang Nyue nak sebarkan lebihan virus kat kau, kau,kau dan mereka yang baca e3 nie. 

Simsimi, kadang-kala boleh dijadikan sebagai teman pengganti sgt menghiburkan…..tp jangan layan sgt ! 
…sebagai tempat melepaskan marah ! jgn mengeluarkan kata-kata kesat/mencarut yea.. 

Kadang-kadang, menyakitkan hati juga..
Simsimi ini ROBOT taw ! ahaha…. Sekadar utk hiburan ! Jgn ambik serius plak
Wink ! Wink ! Wink !

Bubur Asyura : Dulu & Sekarang

Bubur Asyura : Dulu & Sekarang
Bubur Asyura : Dulu
1) Teringat lagi, ketika zaman kanak2, buat suroo (dialek kelate) / bubur asyura secara bergotong royong. Meriah sakan laa dengan persiapan sebelum dan selepas buat suroo...

2) Nyue igt lagi ! kalau time suroo nak masak, guna tempurung kelapa yg telah dibersihkan, sebersihnya bg letak suroo. Itu, pengalaman Nyue...

3) Lepas itu, kalau dlu nak masak suroo siap gali tanah buat dua lubang. Satu lubang tempat letak kawah, satu ag utk masukkan kayu...

4) Selalu bleh makan, makan plak Xseberapa...2/3 sudu dah Xnak..

5) Rindu zaman yg kian berlalu....

Bubur Asyura : Sekarang
1) Sekarang dah Xde ! kalu ada pun Xsemeriah dlu...

2) Tempurung kelapa mne org nak guna kan? pakai je bekas pakai buang...

3) Xde gali lubang dah skang ni, pakai dapur yg tiga kaki...Xpun kayu pun jarang org guna, pakai  gas...

4) Memang sgt susah nak dapat makan suroo versi kelate, biarpun sesudu..sedey...sedey

5) Sekarang, kenangan itu tinggal kenangan... Memori kian terhakis sudah !

----------------

Serius, cite pasal suroo ini Nyue dah lama Xmakan taw ! Tersangat2 rasa nak makan, Siap kol Mak gthu. W/pun Nyue bukan suka sangat mkn suroo tetapi keinginan nak makan itu melampau. Terasa rindu sgt2... Alhamdulilah, doa termakbul... 

Petang semalam, "Azie " kawan Nyue 1 kampung dan 1 universiri bagi sebekas suroo... terus melompat kegembiraan taw !!! Akhirnya Nyue dapat juga makan suroo tahun ni... Biarpun Nyue xpergi Majlis Asyura Anak-Anak Kelantan Di Perantauan Bersama Tok Pa


Friday, November 23

Speechless !

Selamat Pagi, Hari ini Nyue Xde lah nak berceloteh/reveiw Twilight - Breaking Dawn part 2. Nak reveiw ini, kena ada mood/masa... Tapi pd yang suka/mengikuti Twilight jgn risau, pengakhiran yang " Happy Ending ". Confirm kuar panggung wayang dengan mimik muka gembira... Stop !

Berbalik pada matlamat Entry pagi jummat, Nyue nak berkongsi pasal berita UPSR baru-baru ini... Al-maklumlah, Xde adik/sdara mara yg UPSR so Xde la Excident sgt nak usher result..ehehe Alih-alih, tgh online semalam, terbacalah status kwn Fb Nyue,

Terus terdetik, Oh ! Kelantan UPSR Terbaik 2012...
Nyue try google, jumpe Blog Persada mengenai e3

Hurm..biarlah...
Kejayaan tetap kejayaan 

Coretan Nyue : Nyue juga tidak pasti mengenai kebenaran berita ini... "...Sekadar pengkongsian semata-mata, Xmenyalahkan media/sesiapa kenapa berita sebaik ini tidak disebarkan jika itu kebenarannya.

Thursday, November 22

The Twilight Saga - Breaking Dawn Part 2

Sedar tak sedar dah masuk 22 November 2012  dah kan ? Khabarnya, Hari ini Filem The Twilight Saga - Breaking Dawn Part 2 akan keluar kat panggung wayang.

Yeahhhh !!! menghitung hari dan bulan nak tgk Final twilight ni. Tak sabar pula rasanya nak tengok...
 Nyue sememangnya suka Filem Twilight, Xpernah terlepas k !
Nyue, suka dgn lakonan Edward Cullen aka Robert Pattinson dan Bella aka Kristen Stewart. Filem yg paling Nyue tunggu taw ! Excited Nyue, Excited ag Cik Yana !
Sape Cik Yana ? [ klik sini ]

NIAT nak tgk Twilight- Breaking Dawn Part 2 hari ini, tapi Nyue pendamkan dlu...Memandangkan skang FH tgh Exam so Nyue Xnak lah kacau dia.
Tut..tut...Tetiba dapat Mesej dr.FH, "...Nak pegi tengok Twilight x petang nie ?
Oic, Apa lagi terus reply "... Ok je..
Tiket wayang, Biasanya FH beli online... dan dia ada cakap nty dah beli dia mesej..
Tapi sampai skang Xde mesej ag !
Jadi ke tidak... hehe.. Wait & see lah !!!

Siapakah Pengirim Brooch Bunga ini...

Semalam, Nyue dapat Surat dari Alor Setar, Kedah.
...terus terdetik, Dari Siapakah? Apakah isi dlm sampul ini?
 Cer teka ! Cer teka !

Hurm ! Xpayah teka, Sudah terang lagi bersuluh..
Melainkan awak, dia, kamu Xbaca tajuk..hehe
 
" Siapakah Pengirim Brooch Bunga ini ? "
Terima Kasih, Nyue ucapkan kepada pengirim Brooch Bunga yg cantik ini. Terharu rasa, kerna ada yg sudi memberi cenderahati sebagai tanda salam perkenalan antara kita. Ini sekali Nyue, mengetahui siapakah pengirim Brooch Bunga ini. Semoga perkenalan antara kita kekal selamanya. 
 

Coretan Nyue : Gara-gara Sayangg ! Plastik pun Xbuka...

Wednesday, November 21

Tuesday, November 20

Souvenir Cute Mrs Erry

Ini cerita bukan rekaan semata-mata ! Bukan cobaan ! hehe..

Terima Kasih kepada pemilik Blog mrs.Erry Bercerita kerna dengan murah hati  memberikan 4souvenir kepada geng GSF. Nak tahu secara lanjut..[ klik ] dan Salah satunya telah pun menjadi milik Nyue. Nak baca sila laa [ klik ]

Inilah, Souvenir Cute mrs.Erry 
 Cute kan?? 

mrs.Erry  aka Akk Deqla, Sweet taw, kecik molek je orangnya...tengok gambar la, hehe...
Nty kita Dating yea akk :)

Coretan Nyue : Entry curi2 update ! Oh My Blog..

Saturday, November 17

Istanbul, Aku Datang - Review Nyue

 Semakin teruja Nyue untuk melihat kecantikan Istanbul menerusi Filem Istanbul, Aku Datang yg dilakonkan oleh Lisa Surhani aka Dian, Beto Kusyairy aka Harris dan Tomok aka Azad.
 Hasrat itu, Nyue sampaikan kepada FH.
Istanbul, Kami Datang...I can't wait !!!
Hasrat dipenuhi,
W/pun melihat Istanbul kat MBO je.haaha

Sinopsis : Google erk !

Ulasan Nyue :
W/pun Nyue budak Sinema, Xde lah nak bagi ulasan secara perinci... Santai sudah ! Sebuah filem melayu yang Xtidak membosankan. Sentuhan hasil pengarahan Bernard Chauly agak baik dan kemas. Sinematogarfi dalam filem ini juga cantik taw ! Dah sememangnya Istanbul cantik kan..ehehe.. Apa2pun Nyue suka pereka set/ wardrobe dalam filem ini terutama wardrobe Dian, sweet-sweet gitu !

Nyue suka part Dian dan Harris, diawal mereka jumpa, gaduh..gaduh dan akhirnya mereka rapat dan kahwin. Part gaduh yang mencuit hati.Tetapi part gaduh antara Dian, Harris dan Azad  Xkelakar ok !haha

Kenapa Dian berpisah dengan Azad?
Sebab pertama : Azad salah paham... kenapa? Nty tgk yea..
 kedua : Azad curang 
 ketiga : Dian dah pilih harris 

Dialog ending, buat Nyue terpikir dan masih memikirkannya..
Azad : Dian, dah janjikan nak bagi Azad peluang ke-2?
Harris : Awak, saya nak minta dgn awak 1 peluang je..
(ala2 begitulah dialognya..hahah)

Sekian :)

Friday, November 16

Review Takut Kahwin


Sinopsis dari kulit novel :
Jasmine Lee seorang wanita biasa yang memiliki fobia yang luar biasa. Tiada istilah pasangan hidup baginya. Seboleh-bolehnya, itulah yang cuba dia elakkan selama dia hidup. Setiap lelaki yang cuba diperkenal ibunya pasti ditolak tanpa sebab. Sehinggalah pada suatu hari, nama Ben Carl Fernandez muncul dalam hidupnya di atas sekeping business card.

  “Untuk pengetahuan kau, aku ni bakal isteri direktor hotel ni. Next time, watch your way,” katanya dengan sombong sambil menanggalkan kaca mata hitam yang sejak tadi melindungi matanya.

 Gila! Entah dari mana dia dapat idea untuk cakap begitu. Gara-gara tidak puas hati dengan gelaran puan, sanggup dia membohong untuk mempertahankan dirinya dan gelaran cik. Pada pertemuan pertama, Jasmine tanpa sengaja mencipta salah faham antara mereka. Salah faham itu berlarutan dan menyebabkan perkenalan mereka menjadi serba tak kena. Siri pertengkaran berlarutan antara mereka. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah.  

“Kau tu tak sedar-sedar diri lagi, kau tu pencuri.” Idea tiba-tiba datang dalam kesesakan. Tapi logik ke pencuri? “Pencuri? Tak masuk akal. Aku curi apa? Hati kau?” Ben tergelak lagi. Sempat lagi memalukan Jasmine.  

Tidak menyangka permusuhan mereka akan berakhir, persahabatan mula terjalin antara Jasmine dan Ben. Tanpa sedar, perasaan hangat menyusup ke dalam hati masing-masing. Namun perasaan takut terhadap komitmen dan hubungan perkahwinan membuatkan Jasmine melupakan sahaja perasaan itu sementara Ben masih terluka hatinya kerana Natasha, si kekasih lama.  Adakah Ben akan membiarkan semua itu terjadi begitu sahaja? Bagaimana pula halnya dengan Jasmine dan ketakutan sofistikated yang mengekangnya selama ini?  

Komen Nyue,
Novel ni sesuai untuk mereka yang takut kahwin tapi Nyue Xtakut ok !... Biasa la FOBIA nak kawin disebabkan pengalaman hidup ibunya yg ditinggalkan suami, so dia Xpernah merasa kasih yang bapanya. Exciden seterusnya,  ant. Jasmine Lee dan Ben Carl Fernandez dimana mereka berjumpa tanpa sengaja dan setiap pertemuan pasti ada pergaduhan. Seperti kata orang dulu2,  jangan terlalu membenci orang, kerana satu hari nanti bila kita dah xmampu untuk membenci dia, perasaan benci akan menjadi sayang...begitulah yang terjadi kepada mereka berdua namun, kehadiran pihak ketiga selalunya menggundang masalah. Jangan Frust, Nyue nak cite pasal ending plak..hehe.. Tajuk je takut kawin tp akhirnya mereka kawin jugak.

 Novel ni kata kawan Nyue, best... tapi kata Nyue, Xbrape nak myengat ! so Nyue bg 2/5 bintang... Setiap pandangan individu itu berbeza, so apa plak kata anda ???

Thursday, November 15

Review Suamiku, Encik Perfect 10 !


Sinopsis dari kulit novel :
 PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

 “Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen  

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial  

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.

Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.  “Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial  “Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

Ulasan Nyue,
Novel Suamiku Encik Perfect 10! yg mempunyai 597 muka surat ini amat menghiburkan. Dengan olahan watak Zarief Danial  dan Aleeya Azmeen membuatkan Nyue leka seketika. Malahan garapan ceriita membuatkan nyue seronok membaca dari satu muka surat hingga ke muka surat terakhir. Nak tahu X, apa yg perfect 10 ! tuu...hehe


Perfect 10 adalah Beriman ,baik , romantik , sensitif , kelakar , pandai masak , hormati orang tua , pandai memujuk , pandai merajuk dan sabar 

 Dari sebuah pertemuan, terdetik sebuah persoalan… 
Dari sebuah jawapan, terbitnya sebuah lakonan... 
dan kini Cinta berputik...
Kesucian Aleeya diragut tanpa kerelaanya oleh Syed Muzaffar, Dia diberhentikan dari Universiti, terpaksa berbohong dengan maknya. Namun dia, nekad tidak akan mengugurkan kandungan tersebut. Sehingga dia berjumpa dengan Zarief Danial, suami sementara yg menolongnya dengan ikhlas. Lakonan Zarief Danial dan Aleeya cukup sempurna sehingga ibu Aleeya, Puan Yazmeen sendiri tidak mencurigainya.  Ending, dah boleh agak kan?huhu...

 Novel ni best so Nyue bagi 4 bintang...wow !