Thursday, December 6

Review - Novel 2 x 5

Novel lagi !!! Nie gara-gara lepak rumah kat rumah BFF Nyue, menonggeng ! terguling ! bosan sbb kat rumah dia xde TV. Nasib jugak ada novel..eheh

Sinopsis dari kulit novel :
Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah berpujangga: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.  Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yang mantap sahaja untuk menjinakkannya. 

Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang di hari pernikahannya dahulu.  Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yang halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya Sofea dengan tiba-tiba mengganggu kehormanian rumah tangga yang dibina. Bila datang insan ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bila mana haknya cuba dirampas oleh wanita lain. 

Di dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi, si hartawan punya harta tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dengan duda beranak satu itu. Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yang curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila sudah masing-masing 2×5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim? 

Komen Nyue,  
Novel 2x5 karya  areila suhaimi ini perihal kahwin yang ditentukan oleh pilihan orang tua. Suka, suka! Perkahwinan terancang yang lama kelamaan menimbulkan sayang di dalam hati masing-masing. Tapi, dugaan tetap melanda bila kekasih lama merayu kembali. Apa2pun gaya penulisan mmg santai dan ada humour la... hehe.. kwn nyue siap ketawa berdekeh-dekah ag, Nyue OK je setakat tersengeh-sengeh..eheheh

Coretan Nyue : e3 seminggu yg lepas... Baru perasan Xpublish ag ! eheh...

19 comments:

  1. huhuhu..suka lah bace novel kawin parent yang rancang nyh..huk.huk..

    ReplyDelete
  2. dah baca buku ni..ok gak lah citernye~ :)

    ReplyDelete
  3. akak tokde nk kelebek nvel skg nih..hihii

    ReplyDelete
  4. best laa ..nnt pinjam boleh ker nyue..haha

    ReplyDelete
  5. eh suka gak kalo cerita yg kena kawen paksa lepas tu bahagia. ;)

    ReplyDelete
  6. wow! :D lama dah tak baca novel. busy memanjang jer sem nih huhuhu

    ReplyDelete
  7. Minat novel tpi skang ni akak ikut novel ramlee awang mursyid je hihi

    ReplyDelete
  8. Akak pun minat novel tapi tak sempat nak baca Kalau beli..hi hi

    ReplyDelete
  9. peminat novel jugak nyue ni eh...kd dah lama x baca novel..kdg2 x smpt jugak nk baca..huhu...kd lebeh tertarik tgk kapet kat buku tu..hihi..mcm ulat..hihi.. :p

    ReplyDelete
  10. boleh agak cite ni mesti ade perang2 antara hero ngan heroin kan.. waaah. memang suka bace novel cite yang macam ni.. ^^

    ReplyDelete
  11. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Hanya ada satu kesuksesan yaitu bila kita bisa menjalani kehidupan ini sesuai dengan yang kita inginkan.

    ReplyDelete
  12. dah baca...
    suka sbb lawak2 sikit :)

    ReplyDelete
  13. hehe novel ni sy dh lama baca dulu..hehe mmg best lawak

    ReplyDelete
  14. akak kalu baca novel qalief rajin la kaco hehehe

    ReplyDelete
  15. daku mmg pemalas nak baca novel.suka tgk movie jer..

    ReplyDelete