Tafsir mimpi
menurut Islam :
Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir
Mimpi Menurut Islam, berkata:
Tidak semua mimpi dapat
ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin
lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan
perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi
baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan
berita yangdisebarkan oleh syaitan.
Dalam suatu riwayat dikisahkan,
seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi
melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku." Baginda menjawab,
"Sesungguhnya Fatimah akan
melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya."
Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.
… Persoalan tentang mimpi …
Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi
ada tiga macam:
1. Peristiwa yang menggembirakan
yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini
tidak memerlukan penafsiran.
2. Mimpi yang batil atau
permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikanoleh orang yang
bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau
jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai
sebarang makna atau takwil.
3. Keinginan nafsu. Seperti kita
ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu
lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi
seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran
seseorang. Sesuatu yang dia
lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang
tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.
Dewasa nie, ramai org menyatakan mimpi itu mainan tidur.
Namun, mimpi juga satu petunjuk tentang sesuatu kejadian kpd seseorg
...adakah mimpi hanya sekadar mimpi...atau bagaimana jika ia betul berkalu...??
Namun, mimpi juga satu petunjuk tentang sesuatu kejadian kpd seseorg
...adakah mimpi hanya sekadar mimpi...atau bagaimana jika ia betul berkalu...??
- sekadar renungan & ilmu perkongsian sesama manusia-
3 comments:
mimpi mainan tidur..
ahahaha...depend individu.
itu pdpt sekamar rindu :)
jdg ape yg kite pk sblm tidur tu boleh masuk dlm mimpi. hehe.
Post a Comment