Thursday, January 26

Mimpi



Tafsir mimpi menurut Islam :

Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yangdisebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku." Baginda menjawab,

"Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya." Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.

… Persoalan tentang mimpi …


Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam:

1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini
tidak memerlukan penafsiran.

2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikanoleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.

3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu
lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran
seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang
tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.



Dewasa nie, ramai org menyatakan mimpi itu mainan tidur. 
Namun, mimpi juga satu petunjuk tentang sesuatu kejadian kpd seseorg
...adakah mimpi hanya sekadar mimpi...atau bagaimana jika ia betul berkalu...??


- sekadar renungan & ilmu perkongsian  sesama manusia-

3 comments:

Sekamar Rindu said...

mimpi mainan tidur..

N'yue said...

ahahaha...depend individu.
itu pdpt sekamar rindu :)

9n0L4 said...

jdg ape yg kite pk sblm tidur tu boleh masuk dlm mimpi. hehe.

Celoteh Nyue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...