Friday, April 19

Demam Gwiyomi

What's up...? hehe.. Nyue just nk share video Gwiyomi.. 
Boleh Layan...


Haa.. Tertipu kah? 
Btw, Gwiyomi versi ini lagi best Nyue rasa..ehehe..

Friday, April 12

Setengah juta tiada air 5 hari



BERITA TERGEMPAR !!!

Kuala Lumpur: Setengah juta penduduk sekitar ibu negara dan wilayah Gombak dijangka berdepan gangguan bekalan air selama lima hari bermula semalam, berikutan paip penghubung dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju pecah. Bacaan selanjutnya...


dijangka berdepan gangguan bekalan air selama lima hari bermula semalam. selama lima hari? lima hari tiada air? sudahhh.... 

Sekali lagi, Gangguan Bekalan Air


Thursday, Jan 3 : Seksanya Xde Air...

Itu e3 Nyue yg beberapa bulan lepas mengenai krisis air kat Selangor. Pada masa itu, rumah Nyue xde air drp pagi sehingga petang je. Selepas maghrib, Alhamdulilah keadaan air kembali ada seperti biasa. Biarpun begitu situasinya, dah terasa sangat seksa memandangkan rumah sewa itu bukan ada tangki. So, pandai-pandai sendiri la nk simpan air...

Sejarah berulang lagi, 11/4/2013... sekali lagi Nyue dikejutkan dengan masalah air apabila bangun untuk solat subuh buka2 paip Alamak !!! Xde air... aiyooo... Nsb la ada air simpanan, boleh la buat solat & mandi utk pergi keje.

hahahaha..nk ketawa kejap ! sebab kat ofis Nyue duk pikir..Hurmm !! mayb petang-petang ada la air tuu. Nak harapkan air simpanan itu, mmg xleh nk harap sgt ! 

Ahh.. Xseperti yang diharapakan... Air masih Xde ! Saat itu, Xboleh nak duduk menunggu air keluar tapi kita yang keluar cari air...aduhh ! terpaksa la dengan berbekalkan urat dawai tulang besi ini angkut air drp bawah ke tingkat 3.. kau ada? hahaha..

12/4/2013... ceritanya masih sama "AIR MASIH TIADA"

Air oh air..kenapa kau Xde?? 

Gamaknya angkut air lagi la jawabnya petang ini... Perghh ! urat dawai tulang besi pun beleh reput kalau hari-hari angkut air.. oh tidakk 

Friday, April 5

Sorry for being late but happy belated birthday to you..you..you & me !

Good morning semua! Hv a wonderful day!! 

Terasa masa seperti berlari-lari meninggalkan kita. Pejam celik ! Alamak hari ini dah 5 April 2013. Seperti apa yang dikatakan "Masa itu Emas" manakala menurut pepatah Arab ada berkata, 'Masa itu ibarat mata pedang. Jika kita tidak memotongnya ia akan memotong kita'. Renung-renungkan...

... yang telah menyambut hari ulangtahun kelahirannya, Nyue ucapkan 

to sahabat GSFCendol, Dya, Kina, Mama  Mia, Mama Lela & Me too

"Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, dikurniakan kebahagiaan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat. Semoga persabahatan kita akan berpanjangan" Insyaallah.  

Thursday, April 4

Allah SWT lebih menyayangi Ayah #2

Sambungan : April, 3hb, Allah SWT lebih menyayangi Ayah

"Jangan terus tenggelam dalam kesedihan apabila ALLAH mengambil semula apa yang dipinjamNya. Bersyukurlah apabila pernah memiliki dan bersabarlah apabila kita terpaksa melepaskan"

Nyue dan Adik lelaki beruntung, Arwah Ayah meninggalkan kami tika kami sudah mampu berdikari dan mengenal dunia. W/pun sedikit terkilan, Arwah Ayah tidak sempat melihat keputusan SPM adik. Apapun, Ayah telah memberi yang terbaik utk kami dua beradik. 

Nyue juga setiap hari akan menghubungi Mak. Mendengar suara Mak w/pun sekejap sudah membuatkan Nyue tenang. Nyue tahu Mak seorang yang kuat.

Keluarga Nyue juga telah mengadakan majlis tahlil untuk Arwah Ayah. Namun, tiada ungkupan/rasa yg dpt digambarkan apabila pada 25/3 iaitu hari ulangtahun kelahiran Nyue, kami sekeluarga mengadakan majlis tahlil hari ke-7 Arwah Ayah. 

Semuanya sudah tertulis..

Wednesday, April 3

Allah SWT lebih menyayangi Ayah

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama Nyue tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar. 12 Mac 2013, Nyue diberitahu Ayah sekali lagi dimasukan ke wad Hospital Kuala Krai #HKK. Gusar hati ! hanya Allah swt yang tahu apabila Mak mengatakan keadaan Ayah lebih tenat daripada biasa. Disabarkan hati, w/pun jauh disudut hati Nyue merasai sesuatu yang Xmampu utk diluahkan. Ada kalanya, mimpi adalah main tidur namun dgn kuasa Allah swt mimpi adalah pentunjuk. (KUN FAYAKUN).

Maaf ! Sahabat Blogger, agak lama Nyue menyepi dari berblog apabila Nyue hilang hati utk mencoret cerita. Pada mulanya, Nyue nak ceritakan kronologi Arwah Ayah tapi apabila difikirkan kembali biarlah cerita itu menjadi sejarah berharga untuk Nyue dan keluarga. 

Tepat pukul 3pagi, 19 Mac 2013. Ayah menghembus nafas terakhirnya disaksikan seluruh keluarga. Dilimpahkan kesyukuran kehadrat Allah swt, apabila diakhir nafas Ayah mengangkat sendiri tangannya seperti solat. Ayah melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang. Alhamdulilah. 

 Nyue, Adik dan Mak setia disisi Ayah dengan penuh kekuatan utk tidak menitiskan airmata, tetapi kami tiada kekuatan itu. Sokongan dari ahli keluarga & sahabat terdekat sedikit sebanyak mengurangkan beban yang dirasai.

Allah SWT lebih menyayangi Ayah, Redha dengan pemergian Arwah, sesungguhnya lumrah kehidupan, kerna  3 hal yang pasti ‘TUA, SAKIT DAN KEMATIAN’. Kita juga tahu bahawa  ‘LAHIR’ satu tarikh tidak dapat ‘DIPINTA’ dan ‘MATI’ satu tarikh tidak dapat  ‘DITUNDA’.  

Rindu dengan Arwah Ayah, hanya doa penghubung kasih kami.

Nyue juga ingin berterima kasih kepada sahabat Blog & GSF yang sentiasa bertanya khabar. Tidak juga lupa yang memberi komen dan mengupdate e3 dgn ucapan Takziah. Nyue sangat terharu. Terima Kasih. Banyak e3 sahabat yang Nyue terlepas pandang. Insyallah, Nyue akan singgah cari gali dan komen.