Assalamualaikum & Selamat Tenghari Blogger Malaysia
yg memukul anaknya yg berumur 10 bulan..
Nyue ad terbaca & ingin kongsikan bahawa
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mendera dan memperlakukan bayi perempuannya seperti haiwan dan perbuatan itu dirakam sebelum dimuat naik ke laman web You Tube di Internet, semalam sebenarnya menerima hukuman setimpal.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, biarpun rakaman itu baru dimuat naik ke Internet, semalam, kejadian itu sebenarnya berlaku setahun lalu dan kes berkenaan juga sudah dianggap selesai.
“Kes berkenaan dilaporkan pada 29 Mei tahun lalu dan tangkapan dibuat pada hari sama. Wanita terbabit iaitu ibu kepada bayi perempuan berusia 10 bulan itu juga dihadapkan ke mahkamah selepas disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Selepas dibicarakan, wanita berusia 20-an itu dihukum penjara 18 bulan atas kesalahannya dan dia kini menjalani hukuman,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
“Selepas dibicarakan, wanita berusia 20-an itu dihukum penjara 18 bulan atas kesalahannya dan dia kini menjalani hukuman,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menurutnya, wanita terbabit warga Indonesia, namun memegang taraf penduduk tetap negara ini dan kejadian itu berlaku di rumah yang dihuni wanita terbabit di Petaling Jaya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Kredit :- my METRO
5 comments:
takde perasaan langsung pompuan tu .
thu xpe...menitis air mata tgk baby kecil cm tu diperlakukan sedemikian..
xde perasaan belas langsung..ee
yg xpuas hati, kenapa tak di jatuhkan hukuman pada org yg amik video tu...!
k.el x leh tgk lah video psl budak2 kena dera ni...x smpi ati tgk..lagi2 budak2 tu ngis2 bagai..huhuhuhu...
mmg rs nak hempuk2 org yg dera tu..akai mn letak x tahu lah...
nie ble dikatakan xda kemanusiaan..klu tekanan pun jgn lah lepas kat baby tu..cian dia..=(
Post a Comment