Saturday, January 5

Gara Novel, Aku Penasaran

...dah beberapa hari e3 Xberupdate ! Xsempat nak menaip e3, ada je keje... Apa2x Nyue tetap curi-curi blogwalking kat blog uolls...

Permulaan tahun baru ni, mood membaca novel membuak-buak..ahaha. Gara-gara Nyue menonton "Drama Setia Hujung Nyawa" korang mesti tgk jugak kan...?
Drama bersiri 24 episod " Setia Hujung Nyawa" di slot akasia TV3, pukul 7.00malam.  
Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini membariskan pelakon seperti Amar Ashraf (Zain Hakimi), Nelydia Senrose (Ersalina)
Nelydia & Amar (gandingan yg secocok)
Serta beberapa lagi pelakon spt, Zila Bakarin (Datin Adibah), Raja Ema (Puan Haliza), Talha Harith (Hadi), Sura Sojangi (Sofea) dan Hairul Azreen (Iqram).

   Drama SETIA HUJUNG NYAWA ini diadaptasi daripada novel karya Fatin Nabila 
Sinopsis 
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit. 

 Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. 
- (sumber - Alaf 21)

Cam best kan? plus dgn dramanya yg melekat kat hati...amboii ayat mak ngah ! Terus Nyue tercari-cari Novel ini..huhu..Nmpk x Nyue punyalah semangat giler ! 

Kronologi perjalanan Nyue mencari Novel ini, Tq FH..
..dr kinokuniya (KLCC) --> ke MPH (Mid Valley)--> sterusnya SKH Books (Aeon2)... Harapan menjadi layu :( 
.....(Status kat FB Nyue, frust taw !)

hehe...gara-gara status itu juga, ad kwn yg memahami sudi tlg... Lgpun dia mmg tahu yg Nyue cr biarpun xmention..ehehe... Dia ini,Kwn sek Nyue ni.. dia tggl kat Shah Alam & kebetulan dia ad kwn yg keje kat karangkraf..

So, smlm dia dh poskan novel itu...Yeahhh !!! mayb isnin baru dpt...Xsabar..xsabar..xsabar..

----

Cerita ke-2, semalam kebetulan Nyue ad meeting kat KLCC..
Lps settle semua keje...Nyue bergegas ke kinokuniya...hehe
Niat hati nak cari "Novel Kekasih Halal"
Cari punya cari...Xde !

Lastly, Nyue beli novel ini...
...balik keje ini, Nyue nak baca la..eheheh...

Selamat berhujung minggu yea...

25 comments:

laskar pelangi said...

kita pon gilaaaa novel! ce tengok dekat entry kita. terrrrrrrrrrrbeli 3 novel lagi.sob3-,-

Farah Waheda Wahid said...

wahhh...untunglah banyak masa nak baca novel nyue...kakak beli boleh tapi nak habiskan satu atau dua novel mesti tunggu weekend...full day baca novel diam2 dalam bilik jer...ekekeke...

Nyue...disebabkan Nyue gitaw pasal citer Terlanjur Cinta tu...kakak dah addicted...now x sabar nak tunggu final episode next week... :p

fatin amalina husna said...

huyyoo..nyue minat novel rupanyaa..husna x berapa suka sgt..x larat nk membaca..=D

eh best ke cite setia hujung nyawa tuh??

Cik Nur said...

dalam hati ada cinta....!
Macam besttttt....!
Tapikan, nur ade 2 novel tak baca lagi...

acaner tu...?huhuhuu

Si Matatajam said...

Bestnya sinopsis dia..akak nak layan kat tonton la..

kinara kinatara said...

WOW..sinopsis dia pom dah buat orang tertanya tanya...:)


kak nyue sama macam kina suka baca novel.:)

el said...

lakonan zain ngan el kan kdg2 buat k.el segan2 nak tgk..haha

aReLaN said...

nama pon perempuan. memang minat baca novel kan. saya ni tengok jela drama kat tv tu. hehehe

Chic Na said...

sah2 la ni kaki novel. tp skrg mcm trend kan. buat drama adaptasi novel.

Arina Shamsul said...

Dulu mama kaki novel..tapi bila dah berumahtanga ni,bukan lagi kaki,jadi kuku dah dik..hahaha.

Yana Libra said...

setua hujung nyawa sy dah baca..tp rase tak best la bila tgk drama..huhu..mgkn sbb sy bayangkan lain kot masa bc dulu..hehe~ :p


kekasih halal nmpk cam best?? :)

are_lin@yu said...

wahh beznya dpt novel tu..nk jgk..suka cita tu..hihi

Deqla manjew said...

suka gak baca novel time single dulu..hihi.. skng dah xde masa sgt nk baca.. nyue hadiahkan kd novel pulok bole? haha

Misz Mieza said...

MM pun suka gak baca novel ni.. Tapi dah lama tak beli novel baru.. HuhU~

lelamaisara said...

akak dah lame tak bace novel nyue....
bertahun2 sudah...

Mrs Velentine said...

wah nak beli jug anovel ni..huhu

Cik Aini said...

kita sama la Nyue..kaki novel
ai pnh wat entry ttg koleksi novel ai dulu..Nyue dh pernah bc siti rosmizah pnya koleksi? terbaekkk Nyue :)
last wik ai bl novel maaf jika aku x sempurna..hehehe

wan nurul hezrina abd halim said...

banyak citer skang adaptasi novel..oklah akk suka gk tb tak suka baca novel.huhu

fieda said...

kak fieda tgk gak drama ni..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

akak skang ni kekangan masa nk baca novel...akak banyak gak koleksi novel tau

kay_are said...

kat umah sewa jarang tengok tv so tak tau pasal cite ni.. hmm.. tapi sinopsis nampak menarik.. orked edelyne dah kuar novel baru ke? waahh.. baru tau ape tajuk novel tu.. time kasih sharing =)

Dayana Bahar said...

tengok ari tu sekali certa ni.. boleh tahan...

Che Rosliza Che Mat said...

baca sinopsis pun best hihihi

9n0L4 said...

wahhhhhhhhhhhh. nak gi cari la novel die. hehe. :)

Farasha Aira said...

hi!kindly visit my blog http://damselwonderland.blogspot.com/

Nice to read your entry here!

Celoteh Nyue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...