Friday, November 2

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0

Ceria selalu ! Opss, hr ni da 2/11/2012... so nak dijadikan cerita semalam 2/3 org staff kat ofis sembang2 pasal Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Kenapa?
Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh dibuat mulai 1November 2012. Permohonan (BR1M) 2.0 ini termasuklah bagi pemohonan baru dan individu bujang.

Siapakah yang layak dapat BR1M kali ni?

Isi rumah yang layak (RM500) :  
 (i)  Warganegara Malaysia;  
 (ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah  pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.        
  Berkahwin;        
  Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;      
  Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama) 
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.    

 Individu yang layak (RM250) :
(i)  Warganegara Malaysia;   
(ii) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.  

•   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.   
•   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

So, Bagi yg layak apa tunggu lagi...

Daftar BR1M secara Online

Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0

24 comments:

Mrs Velentine said...

akak tak layak ni

Mrs Velentine said...

akak tak layak ni

Unknown said...

MV x layak sbb gaji byk tu...hihi...BRIM dulu incek hubby apply dpt tau..mintak2 dpt lagi kali ni...dah mohon ni tp dia tulis permohonan dah wujud.. :)

Unknown said...

dear.. mintak no fon... planning jmpe jom!! kite pakai beg domo tu sama2 yer.. haha.. :p

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

untung la sapa yg dapat tu kan....

Unknown said...

hubby sure dapat sbb akak dah tak kj....syukurlah kalau dapat..

QasehnyaRania said...

jom2 apply.. ;)

Tie HT said...

as salam

bestnye sape yg layak tu kan :)

kay_are said...

memang saje di war syarat macam tu supaya banyak yang tak layak time.. hmm

kinara kinatara said...

wah...xp kina x layaklah..

Unknown said...

aku sudah mengisinya kelmarin.hehe

Miss N™ said...

Nur dapatlah untuk yg bujang punya eh.. :)

Myra Jay said...

Jom sesiapa yang layak kita mohon sekarang ;D

are_lin@yu said...

klu on9 pn blh sng la..hehe

Chic Na said...

bestnya sape yg dapat. rezeki. :)

Abang Karu said...

Saya layak ^___^

nuyui a.k.a miss YUI said...

yes2..nak mohon..moga dpt nanti..

Tinta Lana said...

Assalammualaikum.

Nyue dah daftar dah?

Kita belum buat lagi,tgn dah gatal2 dah ni,hahaha.

#Terima kasih nyue..tolong doakan kita berjaya lam bidg kerja ni ya, ^_^

Cik Ai said...

rezeki nih kalo dpt..
nk cuba apply jugak lah..dapat x dpt blkg pnya cita kn.hehehe

Si Matatajam said...

Keeeechinnng...bunyi duit lg ni..hi hi...

lelamaisara said...

Jom apply....hehehhe

mummyrinazone beauty said...

kami tak layak..huhu tapi abah akk layak

9n0L4 said...

tak layak kot. huhu.

fieda said...

kita kasi kat sape yg layak jer la ye...hihihi