Thursday, November 15

Review Suamiku, Encik Perfect 10 !


Sinopsis dari kulit novel :
 PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

 “Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen  

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial  

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.

Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.  “Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial  “Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

Ulasan Nyue,
Novel Suamiku Encik Perfect 10! yg mempunyai 597 muka surat ini amat menghiburkan. Dengan olahan watak Zarief Danial  dan Aleeya Azmeen membuatkan Nyue leka seketika. Malahan garapan ceriita membuatkan nyue seronok membaca dari satu muka surat hingga ke muka surat terakhir. Nak tahu X, apa yg perfect 10 ! tuu...hehe


Perfect 10 adalah Beriman ,baik , romantik , sensitif , kelakar , pandai masak , hormati orang tua , pandai memujuk , pandai merajuk dan sabar 

 Dari sebuah pertemuan, terdetik sebuah persoalan… 
Dari sebuah jawapan, terbitnya sebuah lakonan... 
dan kini Cinta berputik...
Kesucian Aleeya diragut tanpa kerelaanya oleh Syed Muzaffar, Dia diberhentikan dari Universiti, terpaksa berbohong dengan maknya. Namun dia, nekad tidak akan mengugurkan kandungan tersebut. Sehingga dia berjumpa dengan Zarief Danial, suami sementara yg menolongnya dengan ikhlas. Lakonan Zarief Danial dan Aleeya cukup sempurna sehingga ibu Aleeya, Puan Yazmeen sendiri tidak mencurigainya.  Ending, dah boleh agak kan?huhu...

 Novel ni best so Nyue bagi 4 bintang...wow !


18 comments:

Chic Na said...

wow.. konfem cikna berangan kalau baca novel camni. huhu.. mana ni nk cari encik perfect 10. ;)

syakirahmn said...

lama tak baca novel la haihhh

skrg semua novel pesyen sama ke. asyik bungabunga aje. penat hati ni berbunga2 tatkala membaca. hihi

dya nasir said...

haha..wow..nk baca juga..

Anonymous said...

nak beli novel ni! mesti menarik! :)

Miss N™ said...

menarikk..!
nak belilah nanti, tapi mcm takut2...hahahaha

Cik Ai said...

bestnya Nyue..nk g carikkk nti
kita sama lah suka baca novel,ms tu betul2 rs mcm heroin kan..siap boleh teyak2 bagai.hahahaha

Miss Syahbanu said...

wowww dh lama x baca novel..huhu

AQ Eyfa said...

wah..kene baca gak nih..hehehe..menarikkk jek

kinara kinatara said...

comflix yang hebat...climax dye mesti mendebarkan kan..huhu..:)

Masya said...

LAME X BACA NOVEL, NOVEL YG ADE SEMUA DAH HABIS BACA.. XDE BELI NOVEL YG BARU PUN.. HUHUHUHUHU

Unknown said...

err..cam best jer..

kay_are said...

bile bace jalan cite memang menarik kat situ.. agak lain daripada yang lain nampaknye.. hmm..

Unknown said...

ni bg berapa markah?? hiihi..kalo best, nk pinjam bole?? :p

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

perfect 10 mcm best jer bunyi hiks

9n0L4 said...

mestilah dgn zarief kot ending nye. hehe.

Solehah Shamsuddin said...

novel ni mcm best je

mummyrinazone beauty said...

bolehlah berangan2 pastu gtau cik hubby nak dia jadi cenggitu buleh?hahahaha

Liyana Anuar said...

wah, leh masuk dalam list ni..hehe~ :)