PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial. “Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial “Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?
Novel Suamiku Encik Perfect 10! yg mempunyai 597 muka surat ini amat menghiburkan. Dengan olahan watak Zarief Danial dan Aleeya Azmeen membuatkan Nyue leka seketika. Malahan garapan ceriita membuatkan nyue seronok membaca dari satu muka surat hingga ke muka surat terakhir. Nak tahu X, apa yg perfect 10 ! tuu...hehe
Perfect 10 adalah Beriman ,baik , romantik , sensitif , kelakar , pandai masak , hormati orang tua , pandai memujuk , pandai merajuk dan sabar
Dari sebuah pertemuan, terdetik sebuah persoalan…
Dari sebuah jawapan, terbitnya sebuah lakonan...
dan kini Cinta berputik...
dan kini Cinta berputik...
Kesucian Aleeya diragut tanpa kerelaanya oleh Syed Muzaffar, Dia diberhentikan dari Universiti, terpaksa berbohong dengan maknya. Namun dia, nekad tidak akan mengugurkan kandungan tersebut. Sehingga dia berjumpa dengan Zarief Danial, suami sementara yg menolongnya dengan ikhlas. Lakonan Zarief Danial dan Aleeya cukup sempurna sehingga ibu Aleeya, Puan Yazmeen sendiri tidak mencurigainya. Ending, dah boleh agak kan?huhu...
Novel ni best so Nyue bagi 4 bintang...wow !
18 comments:
wow.. konfem cikna berangan kalau baca novel camni. huhu.. mana ni nk cari encik perfect 10. ;)
lama tak baca novel la haihhh
skrg semua novel pesyen sama ke. asyik bungabunga aje. penat hati ni berbunga2 tatkala membaca. hihi
haha..wow..nk baca juga..
nak beli novel ni! mesti menarik! :)
menarikk..!
nak belilah nanti, tapi mcm takut2...hahahaha
bestnya Nyue..nk g carikkk nti
kita sama lah suka baca novel,ms tu betul2 rs mcm heroin kan..siap boleh teyak2 bagai.hahahaha
wowww dh lama x baca novel..huhu
wah..kene baca gak nih..hehehe..menarikkk jek
comflix yang hebat...climax dye mesti mendebarkan kan..huhu..:)
LAME X BACA NOVEL, NOVEL YG ADE SEMUA DAH HABIS BACA.. XDE BELI NOVEL YG BARU PUN.. HUHUHUHUHU
err..cam best jer..
bile bace jalan cite memang menarik kat situ.. agak lain daripada yang lain nampaknye.. hmm..
ni bg berapa markah?? hiihi..kalo best, nk pinjam bole?? :p
perfect 10 mcm best jer bunyi hiks
mestilah dgn zarief kot ending nye. hehe.
novel ni mcm best je
bolehlah berangan2 pastu gtau cik hubby nak dia jadi cenggitu buleh?hahahaha
wah, leh masuk dalam list ni..hehe~ :)
Post a Comment