Thursday, February 7

SURAT DARI LANGIT BIRU

...Drama RUBY dah berakhir ! terus Nyue semput ! semput ! bila tgk Yana Samsudin & Johan As'ari dlm Slot Samarinda TV3, dengan sentuhan pengarah yang perpengalaman Rashid Sibir.

mempersembahkan..."SURAT DARI LANGIT BIRU"

Selain 4 pelakon utama, turut menyaksikan penampilan hebat Dato' Rahim Razali, Fauziah Nawi, Nasir Bilal Khan, Nabilla Dally, Ika Nabila dan Iqram Dinzly. 

Sinopsis
SURAT DARI LANGIT BIRU mengisahkan ikatan persaudaraan di antara Zarul dan Salmi yang amat rapat umpama cubit peha kanan, peha kiri terasa. Walaupun kehidupan mereka tidak dilimpahi dengan kemewahan harta benda, namun kasih sayang yang dicurahkan adalah kunci kebahagiaan buat mereka sekeluarga.  

Kasih sayang Zarul terhadap kakaknya, Salmi melebihi segala-galanya. Zarul sentiasa mempertahankan Salmi walau apa jua yang terjadi. Hubungan mesra yang wujud di antara mereka kadangkala membuat Zarul dan Salmi merasakan kasih sayang mereka melebihi sayang saudara kandung dan masing-masing menyimpan rasa antara satu sama lain.  

Sejurus keputusan SPM keluar, Salmi telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun, tawaran itu terpaksa ditolak kerana Salmi mengenangkan adiknya Zarul juga memerlukan wang yang banyak untuk bersekolah. Zarul kemudiannya memujuk kakaknya supaya meneruskan pelajaran demi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Demi kasih sayang seorang adik terhadap kakaknya, Zarul sanggup berkorban dengan meninggalkan kampung halaman untuk mencari pekerjaan di bandar.  

Ternyata tindakan Zarul mengecewakan ayahnya, Pak Hassan. Pak Hassan yang merupakan seorang ayah yang sangat ego dan garang, tidak lagi mengaku Zarul adalah anaknya. Sejak kejadian itu, Zarul tidak berani pulang ke rumah. Dia akan bertemu dan mengirimkan wang belanja kepada Salmi hanya di universiti.  

Masa terus berlalu dan kini Salmi telah berjaya bergelar seorang doktor. Lantas Pak Hassan ingin memenuhi hasrat Penghulu Kampung yang ingin menyatukan anaknya, Heykal dengan Salmi. Meskipun Salmi membenci Heykal seorang yang bongkak, namun dia terpaksa menerima pinangan itu kerana mengenangkan hutang Pak Hassan dengan Penghulu semakin banyak.  

Sementara itu, atas desakan Salmi dan ibunya, Mak Munah, Zarul pulang ke rumah dan meminta maaf daripada Pak Hassan. Namun begitu, Pak Hassan kurang senang dengan kepulangan Zarul. Tambahan pula hubungan Zarul dan Salmi semakin mesra dan ini menimbulkan kemarahannya. Mengapa Pak Hassan tidak menyukai Zarul mempunyai hubungan yang rapat dengan Salmi? Apakah rahsia yang disimpan oleh Pak Hassan?  

Kehidupan baru Salmi sebagai seorang isteri tidak seindah seperti diharapkan. Salmi sering ditinggalkan dan dipukul oleh Heykal. Zarul yang tinggal bersama Salmi mula menyedari rumahtangga kakaknya tidak bahagia. Namun apakan daya, Zarul tidak mampu berbuat apa-apa kerana sering diugut oleh abang iparnya. Hubungan rapat Salmi dan Zarul juga tidak disukai oleh Heykal. Lantas Heykal merancang untuk menghalau Zarul dari rumahnya dengan membawa adik perempuannya, Lisa tinggal bersama mereka.  

Bermula dengan insiden Zarul dituduh mencuri duit Heykal kemudian dituduh menyimpan dadah cukup membuatkan Salmi terhasut dengan kata-kata Heykal untuk membenci Zarul. Apa yang menambahkan lagi kekecewaan Salmi terhadap adik kesayangan tatkala melihat Zarul sedang tidur dengan Lisa. Akhirnya kesabaran Salmi sampai ke penghujungnya apabila mendapati Zarul telah mengandungkan Lisa.  

Meskipun Zarul difitnah dengan pelbagai tohmahan, namun tidak seorang pun menyebelahinya. Hanya kata-kata penghinaan yang dilemparkan kepada Zarul. Malah Zarul juga telah dibuang oleh darah dagingnya sendiri. Kini Zarul tiada lagi tempat untuk pergi apatah lagi tempat mengadu. Lantas dia pergi membawa diri dan terus menghilangkan diri. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Sumber - [ klik sini ]

Drama 15 episod ini bakal menemui penonton bermula 6 Februari, jam 10.00 malam setiap hari Selasa hingga Khamis. 

Yang menariknya, Lagu Teman Pengganti nyanyian Black dijadikan lagu tema dan bait-bait lirik diterjemahkan ke dalam penceritaan Surat Dari Langit Biru.. wow ! Bestkan...

--> Episod 1 semalam pun Nyue dah mengalir airmata, sedih kot time babak Si Kakak dan Si adik mkn kongsi nasi dan lauk..sedih sgt !!! 

Coretan Nyue : # SDLB banyak Flashback... setuju ke tidak? 


13 comments:

are_lin@yu said...

setuju dgn k.yu..tgk skli trus jtuh cinta ngn drama ni..arahan rashid sibir sllu sarat dgn mesej kan.huhu

suwara entertainment said...

semalam saya tgk pun dah rase sedih. mmg drama2 arahan rashid sibir sgt best, tidak mengecewakan. mlm ni nk tgk sambungannya. mmg bnyk flashback dlm drama ni, kita kena tgk dan hayati betul2 baru faham jalan ceritanya.

saya dah siap draft sinopsis cerita ni, tapi belum publish je lagi. hehehehe

Nyue said...

@are_lin@yu :terus jatuh cinta, ayat yg bagus ayu..hehehe...

@Sue-Rya Qistina, cepat2 publish..huhu...nyue nsb bos lmbt msk ofis,sempat curi masa utk buat e3 ini..

Mrs Velentine said...

x tengok semalam nak tengok tonton lah

Unknown said...

tak tengok.. huhuhu.. mmg tak fanatik drama kot kdeq nih..gitu la kalo hubby ada kat umah.. haha..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

rugi xtgk pon pasni nk kena tgk la

Farah Waheda Wahid said...

nyue...mish you...he he he...

adakah ini akan menjadi fenomena baru dan sehebat adam dan hawa, sehangat asmara, terlanjur cinta dan juga setia hujung nyawa... jom kita tunggu...ekekekeke...

Unknown said...

hee baru sabtu lepas terserempak dengan Johan ni

AQ Eyfa said...

taceng dan menarikk..x sabar nak tgok next episod

Chic Na said...

tak tengok. citer sedih lg la tak mau tengok. huhuhu..

Miss N™ said...

kenapa cikna..?heeee

nur pun tak tgk citer ni...

Cik Ai said...

best ke..mcm best je Nyue..
nti ai nk tgk lah..biar meleleh air mata.hahaha

kay_are said...

sedih gile story line cite ni.. tapi sampai sekarang aku tak tengok lagi pun drama ni.. tak tau pun hari ape drama ni main..