Thursday, December 6

Review - Novel 2 x 5

Novel lagi !!! Nie gara-gara lepak rumah kat rumah BFF Nyue, menonggeng ! terguling ! bosan sbb kat rumah dia xde TV. Nasib jugak ada novel..eheh

Sinopsis dari kulit novel :
Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah berpujangga: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.  Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yang mantap sahaja untuk menjinakkannya. 

Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang di hari pernikahannya dahulu.  Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yang halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya Sofea dengan tiba-tiba mengganggu kehormanian rumah tangga yang dibina. Bila datang insan ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bila mana haknya cuba dirampas oleh wanita lain. 

Di dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi, si hartawan punya harta tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dengan duda beranak satu itu. Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yang curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila sudah masing-masing 2×5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim? 

Komen Nyue,  
Novel 2x5 karya  areila suhaimi ini perihal kahwin yang ditentukan oleh pilihan orang tua. Suka, suka! Perkahwinan terancang yang lama kelamaan menimbulkan sayang di dalam hati masing-masing. Tapi, dugaan tetap melanda bila kekasih lama merayu kembali. Apa2pun gaya penulisan mmg santai dan ada humour la... hehe.. kwn nyue siap ketawa berdekeh-dekah ag, Nyue OK je setakat tersengeh-sengeh..eheheh

Coretan Nyue : e3 seminggu yg lepas... Baru perasan Xpublish ag ! eheh...

19 comments:

kinara kinatara said...

huhuhu..suka lah bace novel kawin parent yang rancang nyh..huk.huk..

Yana Libra said...

dah baca buku ni..ok gak lah citernye~ :)

Deq's Qienz said...

akak tokde nk kelebek nvel skg nih..hihii

Farah Waheda Wahid said...

mcm besh jer nih?

Ayuni said...

o, ske bc novel rupanye...

izan mama mia said...

best laa ..nnt pinjam boleh ker nyue..haha

inche hlovate said...

mint novel gak..hihi

Chic Na said...

eh suka gak kalo cerita yg kena kawen paksa lepas tu bahagia. ;)

NUR AYNIE said...

wow! :D lama dah tak baca novel. busy memanjang jer sem nih huhuhu

Dayana Bahar said...

Minat novel tpi skang ni akak ikut novel ramlee awang mursyid je hihi

Si Matatajam said...

Akak pun minat novel tapi tak sempat nak baca Kalau beli..hi hi

Deqla manjew said...

peminat novel jugak nyue ni eh...kd dah lama x baca novel..kdg2 x smpt jugak nk baca..huhu...kd lebeh tertarik tgk kapet kat buku tu..hihi..mcm ulat..hihi.. :p

kay_are said...

boleh agak cite ni mesti ade perang2 antara hero ngan heroin kan.. waaah. memang suka bace novel cite yang macam ni.. ^^

dya bunga said...

lama xbaca novel

saifudin said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Hanya ada satu kesuksesan yaitu bila kita bisa menjalani kehidupan ini sesuai dengan yang kita inginkan.

Cik Aini said...

dah baca...
suka sbb lawak2 sikit :)

BaNu Syah said...

hehe novel ni sy dh lama baca dulu..hehe mmg best lawak

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

akak kalu baca novel qalief rajin la kaco hehehe

wan nurul hezrina said...

daku mmg pemalas nak baca novel.suka tgk movie jer..

Celoteh Nyue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...